Setelah berzaman memikirkan tentangnya, akhirnya dengan bangga sekali, saya mempersembahkan kepada kalian semua, blog saya. Entah blog ke berapa saya pun tak tahu. Tapi harap yang ini kekal, kerana semenjak dua menjak ni, "mood" untuk menulis melonjak ke tahap maksima.
Ok! Blog sudah ada, cuma kandungannya saja belum dipaparkan. Persoalannya, apa isi kandungan blog ni??? Biasa la, bila kita mengunjungi satu blog, pasti kita nak tau isi kandungannya. Kalau tak buat apa buang masa menyakit mata depan PC.
Aha! Itu yang saya nak cerita ni. Dalam blog ini, saya akan cuba memaparkan beberapa diskusi tentang isu-isu semasa yan berlaku di sekeliling kita. Saya akan huraikan pendapat saya mengenai isu tersebut dan menjelaskan pro dan kontra mengenainya. DAN...
Sebagai manusia biasa, saya tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pendapat saya mungkin tidak sebaik pendapat kalian, mungkin juga tidak sesuai untuk sesuatu isu tersebut. Cuma ia adalah luahan rasa saya mengenainya. Jadi JANGAN MELATAH LA KAWAN, kalau isu tu sensitif buat korang...
Sebarang teguran, kritikan atau pendapat yang konstruktif sebaiknya kita kongsi bersama. Manakala yang bertujuan untuk menjatuhkan atau mengaibkan adalah sesuatu yang tidak elok untuk "dilempar" sesama kita.
Sekian, terima kasih...


2 ulasan:
aku sokong..
tp kalo ati sakit, xyah la simpan...ckp je..
org nak dgr xdgr tu hak diorg...
asal hati xla sakit sgt...
heee...peace ;)
Hehehe.. Relaks... Korang dialu-alukan untuk menyuarakan pendapat korang... selagi ia konstruktif...
Catat Ulasan