BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 22 Julai 2010

Hidup ini umpama kisah Dalam Sebuah Novel

Ya! Hidup kita cerita kita! Cerita kita Novel kita! Dapat gambaran itu? Tak dapat tak mengapa saya akan huraikan di sini. Ok geng, Novel adalah sebuah kisah panjang yang dibahagikan kepada beberapa bab sesuai dengan plot yang ingin disampaikan penulis kepada pembaca (macam tu la kot). Saya, secara jujur, bukanlah seorang peminat Novel, saya lebih kepada puisi dan lagu.

Namun, penulisan Novel adalah seni, dan sebagai pencinta seni, sedikit sebanyak saya kena belajar untuk mendalami kehalusan yang tersirat di sebalik Novel. Melalui kajian saya selama beberapa tahun mengenai novel, maka, terhasillah "falsampah" saya reka secara tidak langsung. Dan "falsampah" itu adalah Hidup ini umpama kisah dalam sebuah Novel.

Nak faham "falsampah" saya ini tak susah. Cuba kaitkan hidup kita dengan segala komponen sastera yang terkandung di dalam novel. Dimulakan dengan plot, plot adalah jalan cerita novel tersebut. Ia terbahagi kepada pengenalan cerita, perkembangan cerita (prolog), Klimaks cerita, peleraian dan pengakhiran cerita (epilog).

Ya, hidup kita sebenarnya menceritakan kisah kita, hidup kita ada plot tersendiri. Prolog hidup kita bermula sebaik sahaja kita lahir di dunia (dalam perut kalau nak kira pun boleh juga), kemudian berkembanglah kisah kita, macam mana kita mula merangkak, mula bertatih, mula berlari, mula bersekolah, mula berkerja. Anda faham setakat ini?

Klimaks hidup kita adalah peristiwa paling penting dalam hidup kita yang bakal kita bawa hingga ke pengakhiran cerita. Contohnya, dalam satu masa kita tiba-tiba jadi jutawan, itu mungkin klimaks hidup kita. Mudahkan untuk faham?

Epilog atau pengakhiran hidup kita pula, ini yang suspen ni. Sama gak macam dalam novel, banyak unsur-unsur suspen di selitkan agar pembaca tertanya-tanya secara tidak langsung "menggilakan" pembaca untuk terus menelaah novel tersebut. Contohnya apa yang bakal terjadi kepada protagonis? Adakah antagonis akan menguasai cerita? Kita tidak tahu, ia adalah sesuatu untuk kita teroka dalam hidup kita. Epilog kita boleh jadi baik atau tidak. Contoh, kita dah jadi jutawan, namun, epilog kita belum tahu adakah kita akan terus jadi jutawan di akhir kisah kita? Atau kita akan jatuh muflis, tinggal sehelai sepinggang? Kita tidak tahu. Tetapi, sebagai seorang hamba Allah S.W.T. kira perlu sentiasa mengharapkan pengakhiran yang baik (bukan mengharap ja, kena ikhtiar gak).

Yang bestnya mengenai falsampah ni, kita lah watak utama dalam novel itu! Yeay! Kita lah protagonis dalam Novel hidup kita! Yang lain awek, Isteri, Ex-makwe, semua tu hanyalah watak sampingan yang membantu dalam menjayakan kisah kita! Yang dok gaduh ngan kita selalu tu mungkin pula antagonis kita.

Banyak lagi kalau nak hurai "Falsampah" saya ni, macam metafora hidup kita, personafikasi, kritikan sastera, tapi saya rasa setakat ini sudah cukup untuk korang fahami. Nanti korang pening kepala pula.

0 ulasan: