BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 21 Julai 2010

Lagi-Lagi Cerita Pasal Internet

Kalau tak silap saya, sekitar tahun 1996 (masa tu darjah 6 lagi huhu...), mulalah heboh kat Malaysia ni pasal satu fenomena baru yang dinamakan Internet... Masa tu semua orang terpinga, apa benda lak internet ni??? Macam mana gunanya??? Berapa lak kena bayar ek???

Selepas mengenali apa "menatang" itu internet, rakyat Malaysia mula merasai manfaatnya. Adik, abang, kakak, pakcik, makcik, tok nek, semua pakat sibuk nak guna internet. Alasannya, senang nak mencari informasi kat sini. Internet tidak lagi asing buat masyarakat Malaysia.

Memang tidak dinafikan, teknologi internet banyak membantu kita dalam urusan harian. Kini, kita tidak lagi perlu beratur panjang atau menghabiskan minyak kereta untuk ke bank, semata-mata untuk bayar loan. Kita hanya perlu log-in ke website bank berkenaan, lalu berurusan secara online. Malah, servis ini 24 jam. :)

Para-para pelajar khususnya yang menuntut di Institut pengajian tinggi menjadikan internet sebagai "perpustakaan maya" untuk melaksanakan tugasan mereka. Para pendakwah tidak ketinggalan menggunakan teknologi ini sebagai metodologi untuk memperkembangkan syiar Islam. Kini, kita boleh beli pampers untuk anak kita secara online! Fuiyohhh!!!

Tapi, itu bukan isu untuk dibangkitkan. Manfaat internet sudah semestinya kalian tahu. Apa yang saya nak tekankan di sini adalah sikap segelintir manusia yang anti-internet. Mungkin sekarang sudah berkurangan tapi di awal kehadiran internet, puak-puak ini amat banyak sekali.

Seingat saya, ada antara mereka yang meminta teknologi internet ini diharamkan di Malaysia. Alasan mereka mudah sekali. Yang paling mashur ialah INTERNET ADALAH MEDIUM PENYEBARAN GAMBAR LUCAH.

Benar! Internet memang menjadi tempat oleh individu-individu tertentu untuk menyebarkan bahan-bahan pornografi. Malah, sehingga kini, ia masih berleluasa. Selain itu, ada juga makhluk yang menggunakan internet untuk menyebarkan dakyah-dakyah palsu berbaur fitnah. Tak kurang juga yang menyebarkan ajaran sesat.

Spyware, virus, Adware majoriti benda-benda alah ini juga disebarkan melalui internet. Dan berbagai lagi perkara yang tidak larat untuk saya senaraikan. Tapi, kukuhkah alasan-alasan ini untuk kita HARAMKAN internet di Malaysia?



Tak kan perkara-perkara ini mengaburi mata kita akan manfaat dan kegunaan sebenar internet?

Bagi saya internet ini boleh diumpamakan sebagai sebuah motosikal. Motosikal jika digunakan secara betul, ia memudahkan urusan harian kita. Nak ke market ke, kampung ke, sekolah ke, tempat keja ke, senang. Tak payah nak tunggu bas. Tapi kalau motosikal dapat kat mat rempit, lain jadinya, mudarat kepada diri sendiri mahupun orang lain. Dapat kat peragut senang buat mereka untuk menjalankan modus operandi meragut mereka. Kenapa tak HARAMKAN motorsikal ja? Senang... rempit takda peragut pun kurang. Semua naik basikal, sihat tubuh badan.

Atau mungkin kah mereka ini tidak dapat menerima perubahan?

2 ulasan:

Sha_SoMeBoDy berkata...

masa aku form 1 aku gila internet, aku rasa internet sgt membantu aku untuk menenangkan perasaan...dgn menulis aku jd lega..tp aku mmg tersangat xsuka tulis diari sbb tulisan aku huduh...ngee

Wasuka Tiramisu berkata...

hehe