BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 24 Julai 2010

Makan! Makan! Makan!

Makan! Tak perlulah saya huraikan apa itu makan. Semua orang tahu apa itu makan, dan semua orang makan. Siapa yang tak makan itu mesti ada apa-apa yang tak kena ngan korang. Mungkin sakit ke, diet ke, puasa ke. Tapi antara fitrah hidup kita adalah makan.


Perlu difahamkan bahawa tak semua benda kita boleh makan. Lain lah kalau ada orang datang kata kayu dan batu pun dia sebat. Tapi, percaya lah tak semua benda yang kita boleh makan.


Khususnya, buat yang beragama Islam. Kita hanyalah dibolehkan memakan makanan dari sumber yang halal. Terdapat nas dari Al-Quran dan Hadith yang menyebut tentang jenis-jenis makanan yang haram dimakan, dan pengharamannya pasti ada hikmah.


Jangan salah faham, kadang kala makanan yang halal itu boleh menjadi sesuatu yang tak boleh kita jamah seperti memakan makanan yang dibeli dari duit hasil curi, judi dan rasuah. Kalau lah manusia leh pegang benda ini dengan penuh Takwa, nescaya kecurian, perjudian, pelacuran mahupun rasuah dapat dibendung.


Oleh yang demikian, saya berpesan pada diri saya dan juga teman-teman sekalian agar makan makanan dari sumber yang benar-benar halal, dan menjauhi segala yang haram. Juga, bila sudah makan itu, berpada-padalah. Makanlah dan minumlah dari yang halal dan JANGAN MELAMPAUI BATAS.


Ingat jika makan secara berlebihan hingga melampaui batas, ia akan kembali memudaratkan kita. Kencing manis, darah tinggi, serangan jantung adalah antara penyakit yang berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak betul. Kunyah makanan perlahan-lahan dan elakkan makan bersulam dengan minum.


Selepas makan berjalanlah sekurang-kurangnya 40 tapak agar penghadaman tidak terganggu. Tahan nafas tatkala meminum air, jangan hembus ke dalam gelas. Macam-macam petua yang saya dapat, dan ini adalah sebahagiannya. Jangan lupa, sebelum makan baca lah "Bismillah" dan sesudah makan baca lah "Alhamdulillah".

0 ulasan: