BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 4 September 2010

Bullying Dan Ragging

Pernahkah kalian dibuli seseorang atau membuli seseorang? Bully dan Ragging adalah satu fenomena yang tidak asing lagi bagi kita, ia terjadi di mana-mana sahaja baik di sekolah, institusi pengajian tinggi, tempat kerja tak kurang juga dalam komuniti masyarakat. Menurut fakta fenomena bully diklasifikasi sebagai salah satu bentuk penganiyaan terutamanya dari segi fizikal, perkataan dan emosi.

Bully secara fizikal berlaku di mana si mangsa dipukul, dipijak, ditampar dan lain-lain lagi. Bully secara perkataan (Verbal) pula berlaku di mana si mangsa dihina atau diejek mahupun diberi nama samaran yang jelek seumpamanya. Dan bully secara emosi pulak merujuk kepada jenis penganiayaan di mana si mangsa dipulau dan diasingkan dari sesuatu kumpul lantas menyebabkan tekanan emosi.

Sementara itu Ragging adalah istilah kepada bullism yang terjadi ke atas pelajar-pelajar baru di sesebuah institusi pengajian. Dan fenomena ini sudah dianggap BIASA bagi sesetengah individu di Malaysia. Malah, ada yang berpendapat bahawa Ragging ini sesuatu yang baik. Alasannya, Ragging dapat membuatkan si mangsa menjadi lebih berani dan sentiasa bersedia menghadapi apa jua keadaan. Uncle musykil terhadap pendapat ini. Bagaimana seorang yang dibuli teruk sehingga menyebabkan gangguan emosi yang menyebabkan dirinya menjadi takut, kesunyian dan kemurungan bisa menjadi seorang yang berani sesudah dibuli?



Ya, ada kes seseorang membuli orang lain kerana dibayangi peristiwa hitam dirinya sendiri dibuli suatu ketika dahulu. Ini menunjukkan seseorang yang dibuli boleh menjadi seorang yang pendendam dan ganas lantas membahayakan diri dan orang lain. Walau bagaimana punca utama seseorang itu membuli atau ragging adalah munculnya satu keinginan untuk tampak hebat/kuat.

Satu lagi alasan yang uncle peroleh dari individu pro-ragging ialah ragging dapat merapatkan hubungan "mesra" antara si buli dan yang dibuli. Hah? Demam 3 hari dengar. Macam ni la, korang antar anak korang ke sekolah berasrama penuh. Sebulan kemudian anak korang pulang dengan lebam-lebam, luka-luka dan ketakutan. Korang tanya kenapa dia jadi macam tu, dia menjawab dia kena buli. Korang ketawa, usap kepala anak korang lalu meyakinkan dia yang buli itu dapat membuatkan dia berani dan mesra terhadap si pembuli. Korang rasa dia boleh terima tak?

Perlu difahamkan ada orang yang MATI akibat dibuli ni. Samada dibunuh atau bunuh diri. Dan ini adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka. Contoh di UK, dianggarkan 15 hingga 25 kanak-kanak bunuh diri akibat tidak tahan dibuli. Boleh kalian rujuk fakta ini di enjin carian. Di Malaysia sendiri ada kes pelajar dibelasah dalam dorm asrama sehingga mati. Tidakkah ini menjadikan alasan untuk bullism dilabel sebagai satu gejala negatif dan harus dibendung bukan digalakkan? Jangan sampai sesuatu yang tidak diingini berlaku pada anak kita baru kita nak bertindak. Renung-renungkanlah.

Ahad, 15 Ogos 2010

Membersihkan Segala kotoran

Sempena Ramadhan yang diberkati ini, Uncle telah kembali mengaudit post-post yang telah uncle karang dan uncle dapati terdapat beberapa ayat-ayat dan kenyataan-kenyataan yang kurang sesuai untuk ditatap oleh para pengunjung...

Dengan itu, uncle mengambil sikap inisiatif memadam lalu mengantikan ayat dan kenyataan terbabit agar bersesuai dengan etika dan tatasusila yang lebih elok. Dan uncle mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf seandainya apa yang uncle tulis memyebabkan para pengunjung berasa terguris.

Segala kesulitan yang terjadi amat dikesali, dan uncle akan sentiasa memperbaiki kekurangan pada diri uncle, moga kita menjadi insan yang lebih baik, dan berkualiti.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

p/s: Puasa jangan tak puasa

Khamis, 5 Ogos 2010

Jangan Memandang Rendah Kepada Mereka

"Eleh... Setakat berniaga burger, pasar malam, berapa sangat diorang dapat..." Sesedap hati ja orang yang buat kenyataan ini. Kalaulah dia tahu berapa keuntungan bersih para peniaga kecil ini, alamat terkejut katak lah beliau. Jangan sesekali memandang hina pada mereka.


Uncle ada seorang kawan yang berniaga burger di Bagan Dalam. Itulah kerjayanya itulah mata pencariannya. Tiap malam di gerai bergerak itulah dia ber"station". Siang dia tak keja apa. Pendapatannya sebulan? Erm... korang rasa berapa?


Apa kata kalau kita buat matematik skit. Ok kita kira satu burger dia amik RM 2.00, kira ok lah tak yah komplikated sangat. Total burger yang dijual lak, kita anggarkan 80 biji. RM 2.00 x 80 =?


Korang kira la sendiri. Itu lum masuk hot dog, banjo, oblong dan segala kerabatnya lagi. Diorang kata, "ermm... burger memang la untung, tapi tengok orang yang jual air kat pasar malam tu, tak standard arr keja macam tu." Helo, at least dia mencari rezeki yang halal. Silap haribulan pendapatan dia sebulan lagi banyak dari kita yang makan gaji.


Segelas air yang dijual di pasar malam, harga standard RM 1.00, ni kira paling murah la korang akan dapat. Anggarkan yang beli kat pasar malam tu dalam 100 orang. Berapa ek? Tu baru semalam, esok lak kat pasar malam lain? Kalau dia sulam lak ngan nasi lemak sebungkus RM 1.20. Berapa ek?


Moral, jangan cepat memandang rendah akan keupayaan seseorang. Pernah dengar satu iklan kat radio tak? Iklan tu berbunyi macam ni:


Wanita: Anak lelaki saya suka menanam bunga...
Ramai Orang: (Ketawa)
Wanita: Anak lelaki saya suka tanam bunga orkid...
Ramai Orang: (Ketawa)
Wanita: Setiap tahun, dia mengeksport 2 Tan Orkid ke Jepun...
Ramai Orang: (Diam)
Wanita: (Ketawa)


Datang pula mamat ni kata "Eleh, tu kalau ada orang beli, kalau takde? Ada jaminan ka leh idup,". Jawapannya senang: Ko jamin ka ko keja makan gaji hidup ko akan senang. Kalau kena buang keja pasal ekonomi gawat? Bukan benda tak leh jadi. Samalah macam naik motor ngan naik kereta. Naik motor taraf keselamatan dia kureng skit dari kereta, tapi ko jamin ka naik kereta tak accident? Fikir secara rasional dan JANGAN MELATAH...

Isnin, 26 Julai 2010

Kucing

Uncle rasa sedih bila lihat video seorang wanita memijak seekor anak kucing sampai mati. Tak payah lah uncle nak link video tu di sini, korang leh search dalam youtube. Ada kata video tu adalah palsu, itu tak kisahlah samada palsu atau tidak. Yang penting, kita perlu ingat, haiwan juga makhluk ciptaan Allah. Dan kita dilarang berbuat demikian terhadap haiwan.


Kadangkala, kesian tengok kucing yang berkeliaran di kedai-kedai makan. Merayu-rayu pada kita agar diberi sedikit makanan. Comel ja. Sesetengah pengunjung yang baik hati memberi mereka sisa-sisa makanan yang ada, jadi lah dari tak bagi langsung. Tidak kurang ada pengunjung yang marah, terajang, ludah kucing-kucing tersebut.


Uncle dalam kes ni senang ja. Cuba korang berada di tempat kucing tu, rasa sendiri apa yang diorang rasa. Dah la lapar berhari tak makan, kena sepak terajang pulak. Yang kena pijak sampai mati pun tak mustahil ada. Kucing tiada akal seperti kita, tetapi jika kita berkelakuan sedemikian, tidak kah ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada akal kita?




Pernah lah dulu Uncle baca kat mana ntah, kisah seorang lelaki yang lumpuh setelah digigit oleh kucing peliharaannya. Cerita dia macam ni, kucing tu baik punya relaks kat tangga rumah. Hamba Allah ni pula sedang menuruni anak tangga tersebut. Nak jadi cerita dia terpijak kucing ni. Maka terkejut katak lah kucing itu lantas menggigit kaki hamba Allah tersebut. Mungkin ada bakteria dalam mulut kucing itu yang menyebabkan kawan kita itu lumpuh.


Tapi yang bagusnya, hamba Allah ni tak salahkan kucing dia, malah dia salahkan diri dia sebab cuai hingga terpijak Nyiau-nyiau tu... Ada puisi yang dia karang sempena kejadian tu. Uncle terharu bila terbaca kisah hamba Allah ini, dan sejak hari itu semangat untuk terus menulis terus melonjak (tak pasal2). Lupa, hamba Allah itu juga seorang penulis, Uncle lupa nama dia, tapi Insyallah kalau uncle jumpa, Uncle akan kasitau korang. Assalammualaikum~

Ke KL Lagi...

Rasanya, adalah lebih mesra kalau saya bahasakan diri saya "Uncle". Ok, Uncle la k. Kalau pakai "saya" Uncle rasa macam terlalu formal pulak. Ok, geng! Rabu ini, 28hb Julai 2010, Uncle akan ke Kuala Lumpur untuk tujuan perniagaan dan juga sedikit urusan peribadi.


Uncle akan berada di sana hingga hari sabtu. Masuk ni dah 4 kali Uncle ke KL dalam tahun ini, dan Uncle telah membuat keputusan untuk terus menetap di Ibu Negara tercinta. Cuma tarikh untuk Uncle pindah tu tak dapat diputuskan lagi atas beberapa perkara yang masih belum selesai.


Uncle akan bergerak ke sana jam 11.30 malam, menaiki keretapi. Ya! Keretapi! Pengangkutan awam yang menjadi pilihan Uncle. Ada tanya kenapa tidak naik bas? Lagi cepat. Betul naik bas memang cepat dan lebih "Punctual", tapitak apa lah, Uncle lebih suka naik keretapi


Uncle bukanlah seorang yang mencintai "kelajuan". Uncle bawa motor pun tak pernah lebih 100 KM/J. Sebab tu Uncle rasa keretapi lebih "Kena" dengan jiwa Uncle. Lagipun Uncle ambil trip malam. Jadi Uncle boleh la tidur sementara sampai di Sentral KL, kira-kira jam 7 pagi.


Naik keretapi nak pergi tandas pun senang, ada jual makan, TV pun ada. Uncle takut kalau naik bas Uncle kena tahan kencing sebab bas ada yang tak berhenti kat perhentian. Lagi satu bas berhenti di Jalan Duta, lecehnya nak kena berjalan ke stesen LRT Pasar Seni, risau pula dengan kutu-kutu yang sentiasa menanti untuk membaham mangsa.

Naik keretapi terus sampai kat Sentral KL, ada stesen LRT. Terus ja Uncle ke Wangsa Maju tanpa banyak berjalan. Jadi inilah pilihan Uncle kalau "travel". Bak kata orang "Lebih Memuaskan".

Sabtu, 24 Julai 2010

Makan! Makan! Makan!

Makan! Tak perlulah saya huraikan apa itu makan. Semua orang tahu apa itu makan, dan semua orang makan. Siapa yang tak makan itu mesti ada apa-apa yang tak kena ngan korang. Mungkin sakit ke, diet ke, puasa ke. Tapi antara fitrah hidup kita adalah makan.


Perlu difahamkan bahawa tak semua benda kita boleh makan. Lain lah kalau ada orang datang kata kayu dan batu pun dia sebat. Tapi, percaya lah tak semua benda yang kita boleh makan.


Khususnya, buat yang beragama Islam. Kita hanyalah dibolehkan memakan makanan dari sumber yang halal. Terdapat nas dari Al-Quran dan Hadith yang menyebut tentang jenis-jenis makanan yang haram dimakan, dan pengharamannya pasti ada hikmah.


Jangan salah faham, kadang kala makanan yang halal itu boleh menjadi sesuatu yang tak boleh kita jamah seperti memakan makanan yang dibeli dari duit hasil curi, judi dan rasuah. Kalau lah manusia leh pegang benda ini dengan penuh Takwa, nescaya kecurian, perjudian, pelacuran mahupun rasuah dapat dibendung.


Oleh yang demikian, saya berpesan pada diri saya dan juga teman-teman sekalian agar makan makanan dari sumber yang benar-benar halal, dan menjauhi segala yang haram. Juga, bila sudah makan itu, berpada-padalah. Makanlah dan minumlah dari yang halal dan JANGAN MELAMPAUI BATAS.


Ingat jika makan secara berlebihan hingga melampaui batas, ia akan kembali memudaratkan kita. Kencing manis, darah tinggi, serangan jantung adalah antara penyakit yang berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak betul. Kunyah makanan perlahan-lahan dan elakkan makan bersulam dengan minum.


Selepas makan berjalanlah sekurang-kurangnya 40 tapak agar penghadaman tidak terganggu. Tahan nafas tatkala meminum air, jangan hembus ke dalam gelas. Macam-macam petua yang saya dapat, dan ini adalah sebahagiannya. Jangan lupa, sebelum makan baca lah "Bismillah" dan sesudah makan baca lah "Alhamdulillah".

Khamis, 22 Julai 2010

Hidup ini umpama kisah Dalam Sebuah Novel

Ya! Hidup kita cerita kita! Cerita kita Novel kita! Dapat gambaran itu? Tak dapat tak mengapa saya akan huraikan di sini. Ok geng, Novel adalah sebuah kisah panjang yang dibahagikan kepada beberapa bab sesuai dengan plot yang ingin disampaikan penulis kepada pembaca (macam tu la kot). Saya, secara jujur, bukanlah seorang peminat Novel, saya lebih kepada puisi dan lagu.

Namun, penulisan Novel adalah seni, dan sebagai pencinta seni, sedikit sebanyak saya kena belajar untuk mendalami kehalusan yang tersirat di sebalik Novel. Melalui kajian saya selama beberapa tahun mengenai novel, maka, terhasillah "falsampah" saya reka secara tidak langsung. Dan "falsampah" itu adalah Hidup ini umpama kisah dalam sebuah Novel.

Nak faham "falsampah" saya ini tak susah. Cuba kaitkan hidup kita dengan segala komponen sastera yang terkandung di dalam novel. Dimulakan dengan plot, plot adalah jalan cerita novel tersebut. Ia terbahagi kepada pengenalan cerita, perkembangan cerita (prolog), Klimaks cerita, peleraian dan pengakhiran cerita (epilog).

Ya, hidup kita sebenarnya menceritakan kisah kita, hidup kita ada plot tersendiri. Prolog hidup kita bermula sebaik sahaja kita lahir di dunia (dalam perut kalau nak kira pun boleh juga), kemudian berkembanglah kisah kita, macam mana kita mula merangkak, mula bertatih, mula berlari, mula bersekolah, mula berkerja. Anda faham setakat ini?

Klimaks hidup kita adalah peristiwa paling penting dalam hidup kita yang bakal kita bawa hingga ke pengakhiran cerita. Contohnya, dalam satu masa kita tiba-tiba jadi jutawan, itu mungkin klimaks hidup kita. Mudahkan untuk faham?

Epilog atau pengakhiran hidup kita pula, ini yang suspen ni. Sama gak macam dalam novel, banyak unsur-unsur suspen di selitkan agar pembaca tertanya-tanya secara tidak langsung "menggilakan" pembaca untuk terus menelaah novel tersebut. Contohnya apa yang bakal terjadi kepada protagonis? Adakah antagonis akan menguasai cerita? Kita tidak tahu, ia adalah sesuatu untuk kita teroka dalam hidup kita. Epilog kita boleh jadi baik atau tidak. Contoh, kita dah jadi jutawan, namun, epilog kita belum tahu adakah kita akan terus jadi jutawan di akhir kisah kita? Atau kita akan jatuh muflis, tinggal sehelai sepinggang? Kita tidak tahu. Tetapi, sebagai seorang hamba Allah S.W.T. kira perlu sentiasa mengharapkan pengakhiran yang baik (bukan mengharap ja, kena ikhtiar gak).

Yang bestnya mengenai falsampah ni, kita lah watak utama dalam novel itu! Yeay! Kita lah protagonis dalam Novel hidup kita! Yang lain awek, Isteri, Ex-makwe, semua tu hanyalah watak sampingan yang membantu dalam menjayakan kisah kita! Yang dok gaduh ngan kita selalu tu mungkin pula antagonis kita.

Banyak lagi kalau nak hurai "Falsampah" saya ni, macam metafora hidup kita, personafikasi, kritikan sastera, tapi saya rasa setakat ini sudah cukup untuk korang fahami. Nanti korang pening kepala pula.