Sempena Ramadhan yang diberkati ini, Uncle telah kembali mengaudit post-post yang telah uncle karang dan uncle dapati terdapat beberapa ayat-ayat dan kenyataan-kenyataan yang kurang sesuai untuk ditatap oleh para pengunjung...
Dengan itu, uncle mengambil sikap inisiatif memadam lalu mengantikan ayat dan kenyataan terbabit agar bersesuai dengan etika dan tatasusila yang lebih elok. Dan uncle mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf seandainya apa yang uncle tulis memyebabkan para pengunjung berasa terguris.
Segala kesulitan yang terjadi amat dikesali, dan uncle akan sentiasa memperbaiki kekurangan pada diri uncle, moga kita menjadi insan yang lebih baik, dan berkualiti.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
p/s: Puasa jangan tak puasa
Ahad, 15 Ogos 2010
Membersihkan Segala kotoran
Khamis, 5 Ogos 2010
Jangan Memandang Rendah Kepada Mereka
"Eleh... Setakat berniaga burger, pasar malam, berapa sangat diorang dapat..." Sesedap hati ja orang yang buat kenyataan ini. Kalaulah dia tahu berapa keuntungan bersih para peniaga kecil ini, alamat terkejut katak lah beliau. Jangan sesekali memandang hina pada mereka.
Uncle ada seorang kawan yang berniaga burger di Bagan Dalam. Itulah kerjayanya itulah mata pencariannya. Tiap malam di gerai bergerak itulah dia ber"station". Siang dia tak keja apa. Pendapatannya sebulan? Erm... korang rasa berapa?
Apa kata kalau kita buat matematik skit. Ok kita kira satu burger dia amik RM 2.00, kira ok lah tak yah komplikated sangat. Total burger yang dijual lak, kita anggarkan 80 biji. RM 2.00 x 80 =?
Korang kira la sendiri. Itu lum masuk hot dog, banjo, oblong dan segala kerabatnya lagi. Diorang kata, "ermm... burger memang la untung, tapi tengok orang yang jual air kat pasar malam tu, tak standard arr keja macam tu." Helo, at least dia mencari rezeki yang halal. Silap haribulan pendapatan dia sebulan lagi banyak dari kita yang makan gaji.
Segelas air yang dijual di pasar malam, harga standard RM 1.00, ni kira paling murah la korang akan dapat. Anggarkan yang beli kat pasar malam tu dalam 100 orang. Berapa ek? Tu baru semalam, esok lak kat pasar malam lain? Kalau dia sulam lak ngan nasi lemak sebungkus RM 1.20. Berapa ek?
Moral, jangan cepat memandang rendah akan keupayaan seseorang. Pernah dengar satu iklan kat radio tak? Iklan tu berbunyi macam ni:
Wanita: Anak lelaki saya suka menanam bunga...
Ramai Orang: (Ketawa)
Wanita: Anak lelaki saya suka tanam bunga orkid...
Ramai Orang: (Ketawa)
Wanita: Setiap tahun, dia mengeksport 2 Tan Orkid ke Jepun...
Ramai Orang: (Diam)
Wanita: (Ketawa)
Datang pula mamat ni kata "Eleh, tu kalau ada orang beli, kalau takde? Ada jaminan ka leh idup,". Jawapannya senang: Ko jamin ka ko keja makan gaji hidup ko akan senang. Kalau kena buang keja pasal ekonomi gawat? Bukan benda tak leh jadi. Samalah macam naik motor ngan naik kereta. Naik motor taraf keselamatan dia kureng skit dari kereta, tapi ko jamin ka naik kereta tak accident? Fikir secara rasional dan JANGAN MELATAH...
Isnin, 26 Julai 2010
Kucing
Uncle rasa sedih bila lihat video seorang wanita memijak seekor anak kucing sampai mati. Tak payah lah uncle nak link video tu di sini, korang leh search dalam youtube. Ada kata video tu adalah palsu, itu tak kisahlah samada palsu atau tidak. Yang penting, kita perlu ingat, haiwan juga makhluk ciptaan Allah. Dan kita dilarang berbuat demikian terhadap haiwan.
Kadangkala, kesian tengok kucing yang berkeliaran di kedai-kedai makan. Merayu-rayu pada kita agar diberi sedikit makanan. Comel ja. Sesetengah pengunjung yang baik hati memberi mereka sisa-sisa makanan yang ada, jadi lah dari tak bagi langsung. Tidak kurang ada pengunjung yang marah, terajang, ludah kucing-kucing tersebut.
Uncle dalam kes ni senang ja. Cuba korang berada di tempat kucing tu, rasa sendiri apa yang diorang rasa. Dah la lapar berhari tak makan, kena sepak terajang pulak. Yang kena pijak sampai mati pun tak mustahil ada. Kucing tiada akal seperti kita, tetapi jika kita berkelakuan sedemikian, tidak kah ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada akal kita?
Pernah lah dulu Uncle baca kat mana ntah, kisah seorang lelaki yang lumpuh setelah digigit oleh kucing peliharaannya. Cerita dia macam ni, kucing tu baik punya relaks kat tangga rumah. Hamba Allah ni pula sedang menuruni anak tangga tersebut. Nak jadi cerita dia terpijak kucing ni. Maka terkejut katak lah kucing itu lantas menggigit kaki hamba Allah tersebut. Mungkin ada bakteria dalam mulut kucing itu yang menyebabkan kawan kita itu lumpuh.
Tapi yang bagusnya, hamba Allah ni tak salahkan kucing dia, malah dia salahkan diri dia sebab cuai hingga terpijak Nyiau-nyiau tu... Ada puisi yang dia karang sempena kejadian tu. Uncle terharu bila terbaca kisah hamba Allah ini, dan sejak hari itu semangat untuk terus menulis terus melonjak (tak pasal2). Lupa, hamba Allah itu juga seorang penulis, Uncle lupa nama dia, tapi Insyallah kalau uncle jumpa, Uncle akan kasitau korang. Assalammualaikum~
Ke KL Lagi...
Rasanya, adalah lebih mesra kalau saya bahasakan diri saya "Uncle". Ok, Uncle la k. Kalau pakai "saya" Uncle rasa macam terlalu formal pulak. Ok, geng! Rabu ini, 28hb Julai 2010, Uncle akan ke Kuala Lumpur untuk tujuan perniagaan dan juga sedikit urusan peribadi.
Uncle akan berada di sana hingga hari sabtu. Masuk ni dah 4 kali Uncle ke KL dalam tahun ini, dan Uncle telah membuat keputusan untuk terus menetap di Ibu Negara tercinta. Cuma tarikh untuk Uncle pindah tu tak dapat diputuskan lagi atas beberapa perkara yang masih belum selesai.
Uncle akan bergerak ke sana jam 11.30 malam, menaiki keretapi. Ya! Keretapi! Pengangkutan awam yang menjadi pilihan Uncle. Ada tanya kenapa tidak naik bas? Lagi cepat. Betul naik bas memang cepat dan lebih "Punctual", tapitak apa lah, Uncle lebih suka naik keretapi
Uncle bukanlah seorang yang mencintai "kelajuan". Uncle bawa motor pun tak pernah lebih 100 KM/J. Sebab tu Uncle rasa keretapi lebih "Kena" dengan jiwa Uncle. Lagipun Uncle ambil trip malam. Jadi Uncle boleh la tidur sementara sampai di Sentral KL, kira-kira jam 7 pagi.
Naik keretapi nak pergi tandas pun senang, ada jual makan, TV pun ada. Uncle takut kalau naik bas Uncle kena tahan kencing sebab bas ada yang tak berhenti kat perhentian. Lagi satu bas berhenti di Jalan Duta, lecehnya nak kena berjalan ke stesen LRT Pasar Seni, risau pula dengan kutu-kutu yang sentiasa menanti untuk membaham mangsa.
Naik keretapi terus sampai kat Sentral KL, ada stesen LRT. Terus ja Uncle ke Wangsa Maju tanpa banyak berjalan. Jadi inilah pilihan Uncle kalau "travel". Bak kata orang "Lebih Memuaskan".
Sabtu, 24 Julai 2010
Makan! Makan! Makan!
Khamis, 22 Julai 2010
Hidup ini umpama kisah Dalam Sebuah Novel
Ya! Hidup kita cerita kita! Cerita kita Novel kita! Dapat gambaran itu? Tak dapat tak mengapa saya akan huraikan di sini. Ok geng, Novel adalah sebuah kisah panjang yang dibahagikan kepada beberapa bab sesuai dengan plot yang ingin disampaikan penulis kepada pembaca (macam tu la kot). Saya, secara jujur, bukanlah seorang peminat Novel, saya lebih kepada puisi dan lagu.
Namun, penulisan Novel adalah seni, dan sebagai pencinta seni, sedikit sebanyak saya kena belajar untuk mendalami kehalusan yang tersirat di sebalik Novel. Melalui kajian saya selama beberapa tahun mengenai novel, maka, terhasillah "falsampah" saya reka secara tidak langsung. Dan "falsampah" itu adalah Hidup ini umpama kisah dalam sebuah Novel.
Nak faham "falsampah" saya ini tak susah. Cuba kaitkan hidup kita dengan segala komponen sastera yang terkandung di dalam novel. Dimulakan dengan plot, plot adalah jalan cerita novel tersebut. Ia terbahagi kepada pengenalan cerita, perkembangan cerita (prolog), Klimaks cerita, peleraian dan pengakhiran cerita (epilog).
Ya, hidup kita sebenarnya menceritakan kisah kita, hidup kita ada plot tersendiri. Prolog hidup kita bermula sebaik sahaja kita lahir di dunia (dalam perut kalau nak kira pun boleh juga), kemudian berkembanglah kisah kita, macam mana kita mula merangkak, mula bertatih, mula berlari, mula bersekolah, mula berkerja. Anda faham setakat ini?
Klimaks hidup kita adalah peristiwa paling penting dalam hidup kita yang bakal kita bawa hingga ke pengakhiran cerita. Contohnya, dalam satu masa kita tiba-tiba jadi jutawan, itu mungkin klimaks hidup kita. Mudahkan untuk faham?
Epilog atau pengakhiran hidup kita pula, ini yang suspen ni. Sama gak macam dalam novel, banyak unsur-unsur suspen di selitkan agar pembaca tertanya-tanya secara tidak langsung "menggilakan" pembaca untuk terus menelaah novel tersebut. Contohnya apa yang bakal terjadi kepada protagonis? Adakah antagonis akan menguasai cerita? Kita tidak tahu, ia adalah sesuatu untuk kita teroka dalam hidup kita. Epilog kita boleh jadi baik atau tidak. Contoh, kita dah jadi jutawan, namun, epilog kita belum tahu adakah kita akan terus jadi jutawan di akhir kisah kita? Atau kita akan jatuh muflis, tinggal sehelai sepinggang? Kita tidak tahu. Tetapi, sebagai seorang hamba Allah S.W.T. kira perlu sentiasa mengharapkan pengakhiran yang baik (bukan mengharap ja, kena ikhtiar gak).
Yang bestnya mengenai falsampah ni, kita lah watak utama dalam novel itu! Yeay! Kita lah protagonis dalam Novel hidup kita! Yang lain awek, Isteri, Ex-makwe, semua tu hanyalah watak sampingan yang membantu dalam menjayakan kisah kita! Yang dok gaduh ngan kita selalu tu mungkin pula antagonis kita.
Banyak lagi kalau nak hurai "Falsampah" saya ni, macam metafora hidup kita, personafikasi, kritikan sastera, tapi saya rasa setakat ini sudah cukup untuk korang fahami. Nanti korang pening kepala pula.
Laaa... Isu Internet Lagi... Boring Tul...
Ok teman-teman sekalian. Dalam post sebelum ini kita telah membincangkan isu puak-puak yang menggesa penggunaan internet diharamkan di Malaysia. Biar la kat diorang, malas nak cakap lebih-lebih. Jadi, kita teruskan perbincangan tentang internet tetapi isu yang berlainan sikit.
Apa yang ingin saya bincangkan kali ini ialah puak-puak yang gemar menyalahgunakan teknologi internet. Tetapi bukan puak-puak yang melayari laman web lucah, blog-blog fitnah atau ajaran sesat. Puak yang saya maksudkan ini ia puak yang suka membuang masa melayari internet.
Bukan lah tujuan saya untuk menganggu hidup mereka, lantak lah duit korang, korang nak bazirkan ke apa ke, bukan saya dapat untung apa pun. Cuma sekadar menegur dan dijadikan tauladan pada orang lain.
Saya akui teknologi internet mampu membuat kita "ketagih" lalu menyebabkan mata kita terpaku di skrin komputer berjam-jam, walaupun ia salasiah keturunannya tidak bersangkut pada ganja, air ketum dan segala benda alah tersebut. Masa kita banyak dihabiskan melayari internet.
Kalau ia untuk kebaikan, berbaloi walaupun seharian kita melayari internet. Masalahnya, ni golongan yang membuang masa buat kerja tidak berfaedah. Saya kesal bila berkunjung ke kafe siber milik sahabat saya. Bukan saya kesal ngan sahabat saya, bagus la dia buka bisnes tapi kesal dengan budak-budak yang ponteng sekolah semata-mata untuk bermain game secara online.
Kalau ye pun nak main, main la lepas sekolah. Ok, sahabat saya pulak, ada saya tegur dia jangan kasi diorang main tapi... korang pikir la sendiri. Lagi satu, rakan sepejabat saya, ada juga time bertugas, bukan buat kerja, tapi main Facebook. Lepas kerja main la. Ni sampai client nak berurusan pun susah.
Aduh! Kuat benar penangan internet ni. Jadi, nasihat saya, kawal lah diri kita sikit. Orang lain pun main gak, online Facebook gak, tapi biar la agak-agak la jangan sampai melampaui batas.
Kalau begini sikap kita macam mana kita nak jadi bangsa yang berdaya saing, sedang demam Facebook melanda terus kita TKO. Maaf ya terkasar bahasa. Segala kesulitan amat dikesali.
Assalammualaikum...



